fbpx

Wanita mengandung tujuh bulan maut ditembak di perut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota forensik menjalankan siasatan di lokasi kejadian di Kampung Teresek, Repek, Pasir Mas semalam. FOTO IHSAN PENDUDUK

PASIR MAS – Seorang wanita yang hamil tujuh bulan maut selepas ditembak semasa berada di dalam sebuah kereta di tepi jalan di Kampung Teresek, Repek di sini petang semalam.

Mangsa, Farrah Emirah Mazlan, 26, ditemui dalam dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu kereta jenis Nissan Cefiro dengan kesan tembakan pada bahagian perut sebelah kiri.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 4 petang selepas menemui mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta yang berada di tepi jalan.

Menurutnya, pemeriksaan di dalam kereta tersebut telah menjumpai satu kelongsong peluru pada bahagian belakang tempat letak kaki penumpang sebelah pemandu.

“Hasil temubual dengan saksi awam mendapati, kereta mangsa telah berada di tepi jalan tersebut sejak petang Jumaat. Berdasarkan semakan, kereta itu berdaftar atas nama mangsa sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhammad Zaki memberitahu, mengikut keterangan ibu mangsa, wanita itu berkenaan sudah hamil tujuh bulan dan susulan kejadian itu polis telah menahan seorang lelaki berusia 40 tahun yang bekerja sebagai buruh untuk membantu siasatan.

“Tempoh tahanan reman akan dipohon bermula hari ini bagi membantu siasatan dan siasatan lanjut berhubung kes tersebut sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI