fbpx

Potong 15 badan ibu tidak puas hati bahagi harta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian di mana seorang anak membunuh ibu dengan memotong beberapa bahagian badan mangsa semalam.

PARIT BUNTAR- Akibat rasa tidak puas hati terhadap ibunya, seorang anak sanggup memotong tubuh badan ibunya kepada 15 cebisan potongan dan membuangnya dalam tangki kumbahan di Taman Kerian di sini semalam.

Ketua Polis Perak,Datuk Mior Faridalatrash Wahid berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan kejadian itu kira-kira pukul 3.30 petang sebelum sepasukan anggota dari bahagian siasatan jenayah beserta unit forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak bergegas ke lokasi.

“Hasil pemeriksaan di lokasi telah menemui 15 cebisan daging dipercayai anggota tubuh badan seorang wanita warga emas berusia 68 tahun.

“Susulan dari kejadian itu, pihak polis telah menahan seorang lelaki berusia 42 tahun yang juga anak kepada mangsa,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mior Faridalatrash berkata, polis turut merampas sebilah pedang, dua bilah pisau dan barangan yang digunakan suspek dalam pembunuhan itu.

“Siasatan awal mendapati, suspek tinggal bersama ibunya di rumah itu sejak 12 tahun yang lalu setelah kematian bapanya.

“Kejadian dipercayai berpunca dari rasa tidak puas hati suspek kepada ibunya dalam pembahagian harta pusaka peninggalan bapanya,”jelasnya.

Tambahnya, suspek kini ditahan dan kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI