fbpx

NSL: Strategi KL Wildcats terlalu ampuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHOOTER KL Wildcats, Puteri Intan Balqis Ahmad Dzulkefli (kanan) cuba merampas bola daripada goal defend NS Venom, Nur Lailatulladhawiyah Che Yahaya pada aksi NSL di Stadium Juara hari ini. - AFIQ RAZALI

KUALA LUMPUR – Juara bertahan, Kuala Lumpur (KL) Wildcats tidak diberikan laluan mudah apabila terpaksa bekerja keras untuk menewaskan Negeri Sembilan (NS) Venom di Stadium Juara, Bukit Kiara sebentar tadi.

KL Wildcats juga terpaksa menampilkan corak permainan pantas untuk menyaingi intensiti tinggi yang ditunjukkan NS Venom sebelum menang 62-31 pada aksi kedua Sooka Netball Super League (NSL) 2022.

Faktor utama kejayaan itu adalah disebabkan percaturan bijak ketua jurulatih KL Wildcats, Norizan Rajab membuat penggiliran pemain bagi memastikan anak-anak buahnya sentiasa berada beberapa langkah di hadapan NS Venom.

Hasilnya, KL Wildcats berjaya menguasai sepenuhnya gelanggang pada dua suku masa terakhir untuk melebarkan penguasaan jauh mengatasi NS Venom yang pada awalnya dilihat berupaya mencabar gergasi tanah air itu.

KL WILDCATS (jersi biru) berada pada landasan tepat untuk mempertahankan kejuaraan selepas memenangi dua perlawanan berturut-turut setakat ini. – AFIQ RAZALI

Tonggak KL Wildcats, Nurul Adha Abu Bakar mengakui, NS Venom bermain dengan bagus dan berjaya memberikan tentangan sengit serta menyukarkan mereka untuk menghasilkan jaringan.

“Corak permainan mereka (NS Venom) meningkat jika dibandingkan ketika kami melakukan beberapa aksi persahabatan sebelum ini. Ia sesuatu yang bagus buat mereka sebenarnya.

“Sejak musim lalu lagi corak permainan KL sentiasa melakukan perubahan demi perubahan supaya konsistensi perlawanan sama dari awal hingga tamat permainan.

“Sebab itu saya sangat berpuas hati dengan perlawanan hari ini. Semua pemain cuba berikan permainan terbaik walaupun bermain di luar posisi mereka,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI