fbpx

Sadio Mane mahu lunas kehendak peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANE dianggap nekad untuk meninggalkan Anfield selepas mengeluarkan kenyataan bahawa peminatnya di Senegal mahu dia berhijrah dari Liverpool. – AFP

LIVERPOOL – Bintang sensasi Liverpool, Sadio Mane mengakui bahawa dia akan menunaikan apa yang diinginkan oleh seluruh warga Senegal apabila menyifatkan 60 hingga 70 peratus peminat di negara itu mahukan dia meninggalkan Anfield.

Mane kuat dikaitkan dengan penghijrahan dari pasukan itu untuk menyertai kelab Bundesliga, Bayern Munich yang dianggap paling sesuai untuk dia meneruskan kariernya.

“Saya menghormati peminat dan Liverpool tetapi 60 hingga 70 peratus rakyat di Senegal mahukan saya meninggalkan Liverpool. Saya akan lakukan apa yang mereka mahu,” katanya dalam satu sidang akhbar ketika me­nyertai aksi antarabangsa bersama Senegal.

Mane yang menyertai skuad kebangsaan negaranya itu untuk aksi kelayakan Piala Negara-Negara Afrika menentang Benin memberi bayangan bahawa masanya di Merseyside semakin hampir tiba di penghujung.

Ia berikutan kontraknya bersama The Reds hanya berbaki 12 bulan sahaja lagi dan kelab itu tidak mempunyai pilihan kecuali menjualnya pada jendela perpindahan kali ini untuk mengelaknya berhijrah secara percuma musim panas tahun hadapan.

Bayern terdesak untuk mendapatkan khidmat Mane ketika mereka berdepan kemungkinan besar kehilangan penggempur utama, Robert Lewandowski yang hampir untuk menyertai Barcelona musim depan.

Pengarah Sukan Bayern, Hasan Salihamidzic dikatakan sudah mengemukakan tawaran lumayan buat Mane apabila kontrak yang diberikan bakal me­nyaksikan dia mampu meraih pendapatan tahunan sebanyak £17 juta (RM93.22 juta).

Mane dinilai pada harga £35 juta (RM191.93 juta), namun Li­verpool dilaporkan mahukan harga lebih tinggi dan mereka mungkin akan mempertimbangkan tawaran sekiranya nilai tersebut bermula pada angka £42.5 juta (RM233.06 juta). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI