fbpx

Rafael Nadal terus kental melangkah ke final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NADAL (kiri) mengesahkan kemaraan ke pentas final Terbuka Perancis selepas Zverev terpaksa menarik diri ekoran masalah kecederaan. – AFP

PARIS – Pemain pilihan kelima, Rafael Nadal mengakui tidak ‘sedap hati’ selepas mara ke pentas final kejohanan bertaraf Grand Slam Terbuka Perancis dengan mudah selepas Alexander Zverev menarik diri ekoran kecederaan.

Pada aksi tersebut, Nadal yang juga juara Grand Slam 21 kali berjaya merekodkan keputusan 7-6, 6-6 sebelum Zverev terpaksa mengambil keputusan untuk menarik diri selepas terseliuh kaki di penghujung set kedua.

Kata Nadal, apa yang diharu­ngi pada perlawanan kali ini cukup pelik kerana selepas berhempas pulas selama lebih tiga jam, saingan terpaksa dihentikan ekoran penarikan diri.

“Secara jujur, saya tidak gemar apabila permainan berakhir de­ngan keputusan seperti ini kerana lebih bagus jika kedua-dua pemain dapat membuktikan keupayaan sebenar di atas gelanggang.

“Namun, inilah cabaran yang perlu kita hadapi selaku atlet profesional kerana nasib malang boleh menimpa pada bila-bila masa dan sudah tentu saya simpati dengan situasi yang melanda Zverev.

“Saya harap kecederaan yang dialaminya tidak terlalu serius kerana saya tahu keinginannya untuk menjulang trofi Grand Slam pertama. Jika tiada rezekinya pada kali ini, dia pasti akan bergelar juara tidak lama lagi,” katanya.

Nadal yang berusaha melebarkan rekod dengan memburu kejuaraan ke-14 di Roland Garros dijadualkan bertemu dengan jaguh Norway yang juga pilihan kelapan, Casper Ruud pada aksi final malam ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI