fbpx

Bintang Piala Dunia sandaran sempurnakan misi Johor Jewels

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAYANI (kiri) memiliki pengalaman luas beraksi di peringkat tertinggi sekali gus mampu memberikan impak yang positif buat Johor Jewels.

KEHADIRAN tonggak import Sri Lanka, Gayani Samanthika Dissanayake memberikan kelebihan utama buat Johor Jewels untuk menebus kekecewaan musim lalu dengan menjuarai saingan Sooka Netball Super League (NSL) 2022.

Gayani, 28, yang beraksi di posisi pertahanan memiliki pe­ngalaman luas di pentas antarabangsa, selain berketinggian 186 sentimeter dan menjadi antara pemain paling tinggi dalam sai­ngan NSL kali ini.

Difahamkan, Gayani adalah pemain kedua dengan kap antarabangsa terbanyak dalam pasukan kebangsaan Sri Lanka sejak membuat debut pada 2011 di belakang tonggak veteran, Tharjini Sivalingam.

Atlet yang mempunyai karier sebagai seorang jurubank itu juga pernah beraksi dalam dua edisi Piala Dunia pada 2015 dan 2019 selain membantu Sri Lanka menjuarai Kejohanan Bola Jaring Asia 2018.

Situasi itu meng­untungkan Johor Jewels yang turut mendapatkan khidmat goal shooter Thailand, Sirima Samnaree yang pernah memenangi tiga pingat gangsa Sukan SEA pada 2015, 2017 dan 2019.

Kehadiran Gayani dan Samnaree pastinya meletakkan skuad bimbingan Fazira Mesnan itu berada pada landasan tepat untuk merampas kejuaraan NSL musim ini daripada musuh tradisi, Kuala Lumpur (KL) Wildcats.

Berdasarkan senarai pemain, kelebihan dilihat lebih memihak kepada Johor Jewels selepas berjaya ‘memujuk’ pemain pertahanan terbaik musim lalu yang juga kapten KL Wildcats, Nur Syafazliana Mohd. Ali.

Bukan itu sahaja, Johor Je­wels kali ini turut diperkuatkan de­ngan kehadiran penjaring terbanyak edisi lalu dari Selangor Angels, An Najwa Azizan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI