fbpx

Tiada pawang hujan ‘bertugas’ di Grand Prix E Jakarta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mbak Rara ketika melakukan ritual hentikan hujan di perlumbaan MotoGP Mandalika pada Mac lalu. - MotoGP

JAKARTA – Gabenor Jakarta, Anies Baswedan menolak sebarang alternatif berkaitan penggunaan pawang atau bomoh dalam memastikan cuaca baik bagi sesi perlumbaan Grand Prix E di Ancol, hari ini.

Menurut laporan laman Coconut News, Anies memilih untuk memantau sebarang perubahan cuaca dengan bantuan Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG).

BMKG telah ditugaskan untuk menyediakan data cuaca kepada penganjur dan pasukan perlumbaan untuk grand prix Formula E sulung di bandar raya itu pada 4 Jun.

Dalam erti kata lain, tidak akan ada bomoh hujan yang akan dipanggil bagi menghalang hujan turun semasa hari perlumbaan.

“Tiada bomoh. Kami sedang berbincang dengan BMKG untuk pemantauan cuaca.

“Kami di Jakarta sentiasa menggunakan pengetahuan dan data untuk bekerja,” kata Anies.

Pada bulan Mac lalu, seorang pawang bomoh bernama Rara Istiani Wulandri atau Mbak Rara dipanggil untuk menghentikan hujan ketika hari perlumbaan MotoGP Mandalika.

Ketika itu, Mbak Rara menjadi tajuk utama berita di seluruh dunia selepas dia melakukan ritual ketika hujan sedang turun dengan lebat.

Walaupun media asing menghargai perbuatan itu sebagai kebiasaan tradisional Indonesia, ramai rakyat Indonesia, khususnya golongan yang menolak fahaman dukun, menganggap Mbak Rara memalukan negara. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI