fbpx

Tikam sahaja saya daripada tabur fitnah – Jasmin Hamid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JASMIN HAMID bersama suaminya, Nazmir.

PETALING JAYA – Suami didakwa betizen sebagai penyebab dirinya diserang sakit jantung sehingga terlantar di hospital, dramatis Jasmin Hamid memohon agar tuduhan  tidak berhati perut sebegitu segera dihentikan.

Jasmin atau nama sebenarnya, Jasmiah Abdul Hamid seboleh-bolehnya enggan menghiraukan kata-kata nista yang ditinggalkan khalayak kepada suaminya, Nazmir Abd Rahim, namun sebagai isteri, dia berasa perlu untuk mempertahankan lelai yang turut bertindak sebagai pengurusnya itu.

“Hentikanlah fitnah terhadap saya dan suami, lebih baik anda tikam sahaja saya daripada menabur fitnah sebegini.

“Selama ini, saya tak pernah ambil peduli dengan komen-komen netizen tetapi, saya perlu bersuara kerana kasihan akan suami,” ujarnya menerusi siaran langsung (live) TikTok baru-baru ini.

Semalam, Kosmo! Online melaporkan suami Jasmin, Nazmir didakwa netizen sabagai punca mengapa pelakon drama, 7 Hari Mencintaiku 3 itu diserang penyakit jantung.

Antara komen yang ditinggalkan menyebut itulah balasan diterima Jasmin yang berkahwin dengan suami ‘pucuk muda’.

Sementara itu, ada juga dalam kalangan mereka melahirkan tuduhan melulu, mengaitkan hubungan seksual mereka yang dibatasi jurang usia jauh sebagai antara punca dirinya dikejarkan ke hospital serta ditahan di wad CCU. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI