fbpx

KPDNHEP P. Pinang rekod 187 kesalahan, kompaun RM55,300 hingga Jun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA pegawai penguatkuasa KPDNHEP Pulau Pinang ketika menjalankan pemeriksaan di sebuah kedai makan di Pulau Pinang baru-baru ini.

SEBERANG PERAI – Sebanyak 187 kes melibatkan pelbagai kesalahan yang dilakukan peniaga direkodkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini sehingga semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasanya, A. Mogan berkata, antaranya adalah kesalahan di bawah perenggan 5, Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penandaan Harga bagi Barangan dan Caj Perkhidmatan) 2020 iaitu sebanyak 125 kes.

Katanya, kesalahan lain iaitu 62 kes lagi pula dikesan di bawah Perintah 2(2) Perintah Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (Penandaan Harga Barangan Harga Terkawal).

“Sementara itu, nilai kompaun keseluruhan iaitu antara 1 Januari hingga 3 Jun (semalam) pula adalah sebanyak RM55,300.

“Daripada jumlah itu, RM48,100 adalah nilai kompaun untuk kesalahan di bawah perenggan 5, Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penandaan Harga bagi Barangan dan Caj Perkhidmatan) 2020 manakala selebihnya (nilai kompaun) adalah untuk kesalahan di bawah Perintah 2(2) Perintah Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (Penandaan Harga Barangan Harga Terkawal),” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Terdahulu katanya, KPDNHEP negeri telah menjalankan 29,822 pemeriksaan antara tempoh yang sama iaitu untuk enam bulan pertama tahun ini bagi memastikan peniaga mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

“Untuk pengetahuan, seramai 82 orang penguatkuasa dari KPDNHEP Pulau Pinang dikerahkan untuk menjalankan pemantauan dan pemeriksaan serta penguatkuasaan setiap hari di seluruh negeri ini,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI