fbpx

Ribut petir, hujan lebat di 3 negeri hingga tengah hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang akan melanda tiga negeri pagi ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, keadaan cuaca di tiga negeri tersebut dijangka berlarutan sehingga pukul 12 tengah hari ini.

“Negeri yang terlibat ialah di Perlis, Kedah (Langkawi) manakala di Johor (Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm)/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” ujarnya sebentar tadi.

Menurutnya lagi, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Terdahulu, seramai 55 mangsa dari beberapa buah kampung dan taman perumahan di Gurun, Kedah terjejas susulan banjir kilat selepas hujan lebat pada 2 Jun lalu.

Bagaimanapun, jumlah mangsa terus meningkat kepada 910 orang melibatkan 219 keluarga yang dipindahkan di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 8 pagi semalam.

Kawasan terjejas membabitkan 11 kampung serta tiga taman perumahan iaitu Kampung Sungai Ibor, Kampung Jelatang, Kampung Batu 5, Kampung Sungai Badak, Kampung Sungai Bongkok, Kampung Guar Nenas, Kampung Kepala Bukit dan Kampung Batu 21. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI