fbpx

Johor Jewels tunjuk taring sebenar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AN NAJWA (tengah) menjadi watak penting dalam kemenangan Johor Jewels ke atas Kedah Sunshine pada aksi NSL di Stadium Juara hari ini. - SOOKA NSL 2022

KUALA LUMPUR – Johor Jewels membuktikan status sebagai pilihan utama Sooka Netball Super League (NSL) 2022 apabila mencatat kemenangan bergaya 63-24 ke atas Kedah Sunshine di Stadium Juara, Bukit Kiara hari ini.

Kapten Johor Jewels, Pow Mei Foong berpuas hati dengan keseluruhan prestasi meskipun merasakan dia dan rakan sepasukannya mampu menampilkan permainan yang lebih mantap selepas ini.

“Sebenarnya kami boleh tingkatkan lagi permainan kerana kombinasi kami hari ini masih belum cukup. Ini juga bukan lagi prestasi sebenar Johor,

“Memandangkan ini adalah perlawanan pertama, jadi saya berpuas hati dengan rakan-rakan terutama dua pemain import,” katanya.

MEI FOONG (kiri) percaya pasukannya mampu memberikan persembahan yang lebih mantap untuk aksi NSL seterusnya selepas ini. – SOOKA NSL 2022

Johor Jewels membuat keputusan tepat mendapatkan khidmat Gayani Samanthika Dissanayake dari Sri Lanka dan bintang Thailand, Sirima Samnaree yang tidak mengambil masa lama untuk menyesuaikan diri.

Kehadiran penjaring terbanyak NSL dari Selangor Angels, An Najwa Azizan juga merupakan perbezaan ketara apabila dia berjaya menghasilkan jaringan demi jaringan buat Johor Jewels dalam aksi itu.

Sementara itu, kapten Kedah Sunshine, Izyan Syazana Mohd. Wazir mengakui, mereka gagal menyaingi Johor Jewels yang dilihat ‘sempurna’ kerana mempunyai pemain-pemain utama di setiap posisi.

“Strategi mereka memang bagus, tak buang bola… bermain selamat. Mereka juga ada pemain utama di setiap posisi, sebab itu mereka boleh menang,” jelasnya.

Esok, Johor Jewels akan berdepan Pahang Tulips, manakala Kedah Sunshine pula berpeluang menebus kekalahan hari ini dengan menentang pasukan tempat ketiga musim lalu, Selangor Angels. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI