fbpx

Bangi dibadai ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara pokok yang tumbang dalam kejadian ribut dan angin kencang sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang tadi.

KUALA LUMPUR- Penduduk di beberapa kawasan sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang dikejutkan dengan kejadian ribut serta angin kencang sebentar tadi.

Difahamkan, kejadian ribut yang dilaporkan berlaku kira-kira pukul 3.30 petang itu turut membadai beberapa kawasan berdekatan termasuklah Putrajaya dan Sungai Merab.

Menurut seorang pengguna laman Facebook, Luqman Hafiz, kejadian ribut itu turut menyebabkan kejadian pokok tumbang dan banjir di beberapa kawasan.

“Laluan masuk dari Sungai Merab ke pintu utama Putrajaya ada tiga pokok tumbang dan ada tiang elektrik yang jatuh.

“Mohon berhati-hati semasa pulang dari kerja dan semoga Allah memudahkan perjalanan semua,” katanya tadi.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Bangi, Rosman Majid berkata, pihaknya menerima beberapa panggilan berkaitan kejadian ribut dan angin kencang itu.

Bagaimanapun, katanya, hanya tiga kawasan terjejas diberikan bantuan segera bagi memotong dan mengalihkan pokok tumbang.

“Panggilan pertama diterima kira-kira pukul 3.55 petang tadi melibatkan kejadian pokok tumbang di Plaza Tol Bangi manakala panggilan kedua pada pukul 4.13 petang untuk kejadian berhampiran Kompleks Pentadbiran Daerah Hulu Langat.

“Tiada sebarang kecederaan dilaporkan setakat ini dan kami sentiasa dalam keadaan bersedia sekiranya terdapat panggilan kecemasan susulan ribut terbabit,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI