fbpx

Kura-kura hilang ditemui masih hidup selepas 30 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KURA-KURA itu ditemui bertahan hidup semalam 30 tahun di dalam kotak simpanan. – Facebook

RIO DE JANEIRO – Seekor kura-kura yang hilang pada tahun 1982 di Rio de Janeiro, Brazil telah ditemui 30 tahun kemudian dalam keadaan masih hidup dan sihat di loteng rumah pemiliknya, lapor akhbar Daily Star, kelmarin.

Kura-kura bernama Manuela itu milik ibu kepada Nathalye De Almedia yang dipelihara pada awal 1980-an. Almeida telah mendengar kisah kehilangan haiwan itu ketika ibunya berusia lapan tahun.

Keluarganya mendapati ia hilang semasa kerja-kerja elektrik dilakukan di rumah itu. 

Bagaimanapun tiga dekad kemudian, selepas bapanya meninggal dunia, mereka pergi ke rumah berkenaan untuk menyelesaikan harta peninggalan.

Ketika mengemas di loteng, mereka terkejut setelah menemui kura-kura berkenan di dalam kotak pembesar suara kayu lama.

“Kami terkejut! Ibu saya menangis kerana tidak mempercayainya. Mereka menemui Manuela!”  jelas Almeida kepada laman berita The Doso pada 2013.

Haiwan itu berkemungkinan telah berjaya bertahan dengan memakan telur anai-anai yang turut ditemui dalam bilik itu.

Ketika menjalani rutin pemeriksaan veterinar, kura-kura itu didapati berjantina jantan dan kini dipanggil Manuel. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI