fbpx

Tak timbul isu mansuh PT3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pemansuhan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) melalui Ujian Akhir Sesi Akademik merupakan langkah dinamik dalam proses pendidikan negara.

Bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, tidak timbul persoalan sekejap dimansuhkan kemudian diadakan kerana pendidikan berubah dari semasa ke semasa mengikut keperluan.

“Pendidikan ini dinamik berubah mengikut peredaran. Jika kini didapati penilaian tahunan lebih baik, jadi pemansuhan PT3 tidak menjadi persoalan lagi.

“Pendidikan berubah-ubah dan kita tidak tahu apa akan berlaku 10 tahun lagi. Penggunaan komputer mi­salnya, dahulu tiada,­ sekarang menjadi biasa sejak Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR),” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin dalam sidang akhbar khas kelmarin mengesahkan Kementerian Pendidikan (KPM) memutuskan untuk memansuhkan PT3 tahun ini.

Dengan pemansuhan PT3, PBS yang mengandungi tiga komponen, iaitu Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dimantapkan.

Pendekatan baharu yang diperkenalkan adalah pentaksi­ran sumatif, iaitu penilaian murid mengikut tahun dan tingkatan.

Terdahulu, Alimuddin ber­kata, ibu bapa tidak perlu berasa bimbang tentang aspek penilaian kerana pemansuhan PT3 akan menyaksikan penilaian dilakukan setiap tahun oleh pihak sekolah dan KPM.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI