fbpx

Agong, Raja Permaisuri berkenan rasmi NDO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AL-SULTAN Abdullah dan Tunku Hajah Azizah berkenan bergambar bersama pelajar-pelajar dari beberapa sekolah terpilih untuk menyertai Nicol David Organisation, selepas melancarkan NDO, sambil diiringi Ahmad Faizal (kiri) dan Nicol (dua dari kiri) di Bukit Jalil Golf & Resort semalam.

NICOL David Organisation (NDO) yang diasaskan oleh legenda skuasy negara, Datuk Nicol David serta bekas pemain Colombia, Mariana de Reyes akhirnya dilancarkan secara rasmi di Bukit Jalil Golf & Country Resort semalam.

Majlis penuh gilang-gemilang itu diserikan lagi dengan keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berkenan merasmikan persatuan tersebut.

Menerusi program utama dikenali sebagai ‘Little Legends’, persatuan itu akan bekerjasama dengan sekolah-sekolah terpilih dengan membekalkan latihan skuasy serta pembelajaran Bahasa Inggeris buat murid-murid dari keluarga berpendapatan rendah berusia 8 hingga 12 tahun.

Nicol berkata, beliau sangat gembira dengan pelancaran tersebut kerana sudah merangka semua program sejak tiga tahun lalu, selain diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Hari ini (semalam) adalah hari yang sangat penting dalam hidup saya.

“Selepas bekerja keras selama tiga tahun sejak bersara, akhirnya saya dapat umumkan pelancaran Organisasi Nicol David yang merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Saya juga ingin berterima kasih kepada Yang di-Pertuan ­Agong serta Raja Permaisuri ­Agong yang berkenan menyerikan ­majlis ini. Sudah pasti ia akan menjadi memori yang tidak akan dilupakan,” katanya.

Turut hadir pada majlis pelancaran tersebut ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Pada masa sama, Nicol berharap menerusi program tersebut, bakat-bakat muda skuasy negara boleh mencapai potensi sebenar, selain merealisasikan impian mereka untuk menjadi yang terbaik.

“Saya mendapat peluang terbaik dalam hidup pada usia lima tahun untuk bermain skuasy.

“Sasaran saya adalah untuk membantu anak-anak ini menjadi ge­nerasi yang boleh menjadi inspirasi kepada diri sendiri, ­keluarga serta masyarakat,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI