Kosmo! kesal dengan laporan bertajuk “Ramai jadi mangsa kartel mamak’ yang disiarkan di dalam akhbar dan laman web www.kosmo.com.my serta semua platform media sosial Kosmo! Online bertarikh 24 Mei 2022.
Kami mengambil maklum teguran yang diberi berkenaan dengan kesilapan tersebut yang tidak disengajakan dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada pihak yang berkaitan.
Sehubungan dengan itu, laporan berkenaan telah ditarik balik dari semua platform digital dan media sosial kami dengan serta-merta.