fbpx

Orang ramai puji wanita ‘tolong’ madu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan Fiena yang sedang membantu mengecat rumah milik suami dan madunya.

PETALING JAYA – Tiada apa yang dapat membahagiakan seorang isteri selain ingin melihat kebahagiaan suami meskipun terpaksa berkongsi kasih dengan wanita lain.

Seorang pengguna TikTok, Fiena Nasir berkongsi mengenai kisah pahit manis kehidupannya bersama seorang madunya menarik perhatian pengguna media sosial itu.

Menurut Fiena, dia cekal membantu memudahkan urusan suaminya walaupun hatinya pernah disakiti.

Rakaman video itu memperlihatkan Fiena yang sedang sibuk mengecat rumah milik suami dan isteri baharunya.

Fiena memberitahu, ketika ini, dia mahu mencari ketenangan untuk mengubati hatinya yang masih bersedih dengan nasib yang menimpanya.

Fiena turut meninggalkan pesanan kepada wanita yang bergelar isteri pertama dengan menitipkan kata-kata positif supaya menjadi kuat semangat.

Rakaman video berdurasi 18 saat itu berjaya meraih tontonan netizen dan rata-rata mereka memuji tindakan wanita itu biarpun pahit untuk ditelan.

“Nombor satu ke nombor dua. Semoga Allah sentiasa kurniakan kebahagiaan untuk kedua-duanya,” kata Nuyui.

“Awak isteri yang sangat hebat. Tahniah,” puji seorang pengguna TikTok.

Klip video itu ditonton lebih 493,800 kali dan 577 komen telah ditinggalkan pengguna setakat petang ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI