PETALING JAYA – Aliran trafik sesak berikutan peningkatan kenderaan sempena cuti sekolah dilaporkan berlaku di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak.
Menurut laporan di Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), trafik kini perlahan di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT 1).
“Trafik perlahan di hentian sebelah Lanchang ke Karak.
“Keadaan jalan juga perlahan ketika ini sebelum keluar dan masuk Plaza Tol Karak (kedua-dua arah),” katanya di sini tadi.
Sementara itu di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2), trafik perlahan sebelum keluar Plaza Tol Kuala Terengganu ke arah Pusat Bandar.
Di Plaza Tol Gombak pula dilaporkan keadaan trafik perlahan di kedua-dua arah. – KOSMO! ONLINE