fbpx

UEM Sunrise, Affin Bank tawar bayaran bulanan rendah beli rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UEM Sunrise dan Affin Bank melancarkan kempen Home Step Fast/i bagi memudahkan pembeli mendapatkan kediaman impian mereka

PETALING JAYA- Pemaju hartanah, UEM Sunrise menjalankan jalinan kerjasama dengan Affin Bank bagi menawarkan penyelesaian kewangan kepada pembeli rumah menerusi pelaksanaan kempen ‘Home Step Fast/i’ yang dilancarkan baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise, Suffian Abdullah berkata, menerusi kempen tersebut, pihaknya bakal menawarkan bayaran bulanan lebih rendah kepada pembeli dalam tempoh lima tahun selain penawaran margin pinjaman menarik.

“Kami begitu memahami bahawa pembelian rumah mungkin menakutkan terutamanya bagi pembeli pertama kerana mereka bukan sahaja perlu memilih pemaju terbaik malah pilihan pinjaman kewangan yang begitu banyak.

“Menerusi kempen ini, pembeli juga boleh menukarkan mod pinjaman kepada konsep simpanan bagi memudahkan mereka yang memerlukan dana kecemasan selain mahukan faedah sewa lebih sambil mengekalkan aliran tunai,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Jelasnya, kempen terbabit turut menawarkan kelebihan tanpa tempoh terkunci serta tiada yuran penyelesaian awal untuk pembeli sekali gus dilihat sesuai buat mereka yang mahu menyelesaikan pinjaman secara cepat.

“Kempen ini meliputi pelbagai projek perumahan di bawah UEM Sunrise termasuk di bahagian selatan tanah air seperti Aspira ParkHomes, Aspira Gardens, Aspira LakeHomes, Estuari Gardens selain Senadi Hills yang terletak di Iskandar Puteri.

“Di kawasan Lembah Klang pula, projek terlibat antaranya KAIA Heights, Residensi Solaris Parq, Residensi Astrea selain Verdi Econdominiums di Cyberjaya,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI