fbpx

Amber Heard mahu buat rayuan, peguam sahkan aktres sudah pokai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gaya hidup mewah, perbelanjaan dan pembelian hadiah mahal menyumbang kepada situasi kewangan Heard. - BBC

BANDAR RAYA NEW YORK – Bintang Aquaman, Amber Heard tidak mempunyai wang untuk membayar denda sebanyak AS$10.4 juta (RM45 juta) kepada bekas suaminya, Johnny Depp, lapor akhbar New York Post, semalam.

Perkara itu didedahkan oleh peguam belanya dalam kes saman fitnah pelakon itu sekali gus mengesahkan sumber akhbar The Washington Post bahawa Heard sudah muflis.

Situasi kewangan terkini Heard adalah disebabkan bayaran guaman yang tinggi, perbelanjaan mewah sebelum ini dan kehilangan beberapa kontrak selaku duta produk tersohor.

Antara produk yang telah menarik semula kontrak bersama Heard adalah jenama kosmetik popular, L’oreal.

“Benar, Amber kini pokai dan tidak mempunyai sebarang cara untuk membayar denda yang ditetapkan mahkamah atas kekalahannya kepada Johnny,” kata peguam Heard, Elaine Bredehoft semasa wawancara bersama stesen penyiaran NBC.

Heard kini sedang dalam proses membuat rayuan membantah keputusan juri yang berpihak kepada Depp.

Berita berkaitan: Johnny Depp menang saman fitnah terhadap Amber Heard

Bredehoft berkata keputusan juri pada Rabu lalu menghantar mesej yang mengerikan mengenai layanan wanita yang tampil dengan dakwaan penderaan rumah tangga.

“Salah satu perkara pertama yang Heard selepas tewas kes ini adalah ‘Saya mohon maaf kepada semua wanita di luar sana. Ini adalah kemunduran untuk semua wanita di dalam dan di luar bilik mahkamah,” kata Bredehoft.

Sementara itu, beberapa sumber berkata Heard sudah beberapa kali terpaksa menukar perwakilan undang-undang dan kini bergantung pada polisi insurans rumahnya untuk menampung kos peguam semasanya dalam kes itu.

Kos guaman Heard kebanyakannya telah ditanggung oleh The Travelers Companies di bawah terma polisi insurans aktres itu, kata sumber.

Berita berkaitan: Menang lawan Amber Heard, Johnny Depp sifatkan ada kehidupan baharu

Depp masih berpotensi menuntut bayaran denda dengan menuntut gaji bekas isterinya daripada dua filem yang akan datang, mengutip aset atau merampas rumah Heard di Lembah Yucca California, kata pakar undang-undang.

Kediaman mewah yang dilengkapi tiga bilik tidur dan tiga bilik air itu bernilai AS$1 juta (RM4.3 juta).

Heard membelinya pada 2019 dengan harga AS$570,000 (RM2.5 juta) di bawah tabung amanah peribadi atas nama akauntannya, menurut rekod harta.

“Jika Heard tidak mempunyai wang maka jalan terakhir adalah menggadaikan segala harta dimiliki semasa dia meneruskan rayuan membantah keputusan juri,”kata Peguam Rayuan Virginia, Steven Emmert. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI