fbpx

Rambut mullet Mimi Lana memang wow!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FESYEN rock digayakan Mimi dan Syafiq menuai pujian netizen.

SI cantik Mimi Lana memang sesuai memakai apa sahaja jenis pakaian kerana fizikalnya yang tinggi lampai.

Kalau sebelum ini dia menukar warna rambutnya menjadi kelabu tidak ubah seperti watak Rogue dalam filem X-Men, kali ini dia tampil dengan kelainan.

Malam Anugerah MeleTOP 2021 lalu, Mimi tampil dengan gaya rambut pendek mullet dan fesyen rock tidak ubah seperti artis Hollywood.

Lebih manis, Mimi tampil di acara berkenaan bersama kekasihnya yang juga aktor terkenal, Syafiq Kyle.

“Kali ini saya setuju dengan gaya ini. You look amazing girl. Love,” puji seorang peminatnya.

Tak kurang juga ada yang memuji pelakon itu cantik dan kelihatan persis seperti penyanyi terkenal Indonesia, Agnez Mo.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI