fbpx

Drama mahkamah, perceraian pasangan Hollywood

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EMPAT bintang Hollywood iaitu (dari kiri) Tom Cruise, Amber Heard, Johnny Depp dan Kelly Clarkson pernah menggugat perhatian kerana kes mahkamah melibatkan hubungan bersama bekas pasangan masing-masing.

MINGGU ini, dunia hiburan tertumpu terhadap kes mahkamah antara aktor terkenal Hollywood, Johnny Depp dan bekas isterinya, aktres Amber Heard.

Selepas enam minggu ‘bertarung’ di mahkamah, akhirnya Depp memenangi kes saman fitnah terhadap Heard atas penulisannya untuk kolum Washington Post.

Depp menuntut ganti rugi sebanyak AS$50 juta (RM218 juta), tetapi dia bagaimanapun hanya menerima AS$15 juta (RM65 juta).

Meskipun telah bercerai pada 2017, drama antara mereka tidak pernah be

rakhir apabila Heard menuduh bintang filem Pirate of the Caribbean itu seorang ‘kaki pukul’, sementara Depp pula mendakwa bekas isterinya itu berlaku curang.

Selain mereka, beberapa perceraian selebriti juga berakhir dalam keadaan tegang dan penuh drama. Berikut Gala menyenaraikan nama-nama artis terkenal yang pernah melalui hal sama.

Kelly Clarkson dan Brandon Blackstock

Penyanyi Kelly Clarkson memfailkan perceraian ke atas suaminya, Brandon Blackstock pada Jun 2020 atas alasan tiada persefahaman.

Bagaimanapun, pada Julai 2021, mereka masih belum mendapat persetujuan secara rasmi dan penyanyi itu diarahkan oleh mahkamah untuk membayar wang saraan bulanan sebanyak AS$200,000 (RM878,650) kepada Brandon.

Brad Pitt dan Angelina Jolie

Perang mahkamah antara bintang terkenal Brad Pitt dan Angelina Jolie tidak pernah berakhir sejak aktres itu memfailkan perceraian pada September 2016 atas alasan tiada persefahaman.

Selain perebutan hak penjagaan enam anak mereka, kes lain yang melibatkan perceraian mereka di mahkamah adalah Pitt dituduh mendera salah seorang anak angkat mereka iaitu Maddox.

ANGELINA Jolie dan Brad Pitt.

Malah, Jolie turut mendakwa bintang filem Troy itu tidak membayar wang sara bulanan yang mencukupi buat anak-anaknya.

Peguam aktor itu bagaimanapun mendedahkan, dia telah membayar AS$8 juta (RM35 juta) untuk pembelian kediaman baharu Jolie bersama anak-anaknya selain membayar pelbagai bil berjumlah AS$1.3 juta (RM5.7 juta).

Sehingga kini, perebutan hak penjagaan anak mereka belum berakhir kerana menurut Pitt, Jolie tidak akan melepaskan anak-anaknya sehingga mereka berusia 18 tahun.

Kristin Cavallari dan Jay Cutler

Bintang realiti dan usahawan terkenal, Kristin Cavallari dan suaminya, bekas pemain Liga American Football (NFL), Jay Cutler mengumumkan perancangan berpisah menerusi Instagram pada April 2020.

Perpisahan mereka bertukar tegang apabila Kristin menuduh bekas suaminya dengan dakwaan perlakuan tidak senonoh dalam fail permohonan penceraiannya.

KRISTIN Cavallari dan Jay Cutler.

Tidak selesai di situ, Kristin turut mendakwa bekas suaminya itu menghalangnya membeli kediaman baharu sebagai cara menghukumnya.

Semuanya gara-gara wanita itu dikatakan tidak bersetuju dengan terma hak penjagaan tiga orang anak mereka.

Tom Cruise dan Katie Holmes

Pasangan terkenal Tom Cruise dan Katie Holmes dilaporkan bercerai kerana aktres itu didakwa tidak bersetuju untuk satu-satunya anak mereka, Suri dibesarkan dengan anutan Scientology.

Bintang drama Dawson’s Creek itu dibesarkan dalam agama Katolik, namun mengubah agamanya selepas berkahwin dengan Tom Cruise pada 2005.

Pasangan itu berkahwin pada 2006 dan bercerai enam tahun selepas itu. Meskipun begitu, sehingga kini aktres itu tidak pernah mendedahkan punca sebenar perpisahannya dengan aktor filem Top Gun: Maverick itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI