fbpx

Anak kedua Shuib menangis diejek di sekolah, ibu sudah meninggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anak kedua Shuib, Talita ditenangkan ibu tiri Allahyarham Siti Sarah iaitu Makder.

PETALING JAYA – “Dia kata padan muka ibu dia dah meninggal.”

Demikian luahan hiba anak kedua Shuib bersama Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Dzakira Talita Zahra, dalam keadaan menangis teresak-esak akibat diejek rakan sekolahnya.

Dalam video yang dikongsikan nenek tirinya, Siti Fatimah atau Makder, Talita yang kini berusia sembilan tahun cuba ditenangkan sambil turut disaksikan adik beradiknya yang lain iaitu Uwais Alqarni, 11, dan Ariq Martin, 7.

“Balik dari sekolah hari ini anak-anak ke pejabat. Masa tengah nak ambil makanan, Talita mengadu ada rakan sekelas suka ejek dia,” coret Fatimah sebagai kapsyen video dimuat naik.

Menjengah ruangan komen, ramai yang bersimpati dengan nasib kanak-kanak itu dan mengharapkan agar pihak pengurusan sekolah mengambil serius perkara tersebut kerana boleh menjejaskan motivasi untuk menuntut ilmu.

“Kasihannya, kena minta tolong cikgu nasihatkan murid-murid hormati rakan-rakan. Jangan suka ejek apa lagi kata benda yang negatif pasal ibu atau bapa yang sudah meninggal dunia. Biadab.

“Melampau budak-budak ini. Paling geram kalau orang sentuh ibu bapa. Meninggal pula tu. Hati budak itu belum sembuh lagi,” demikian antara coretan netizen dalam ruangan komen.

Talita merupakan anak kedua daripada empat adik-beradik kepada pasangan selebriti, Allahyarham Siti Sarah dan pelawak, Shuib yang berkahwin pada 26 Februari 2011.

Siti Sarah meninggal dunia Ogos tahun lalu disebabkan komplikasi Covid-19 – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI