fbpx

Padah guna gambar Ketua Polis Perlis untuk menipu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek (dua dari kiri) dari Tanjung Karang, Selangor direman bagi membantu siasatan penipuan dalam talian menggunakan gambar Ketua Polis Perlis di Kompleks Mahkamah Kangar, hari ini

KANGAR – Dua lelaki termasuk seorang warga Myammar ditahan reman bagi membantu siasatan kes penipuan dalam talian dengan menggunakan gambar Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad.

Dua suspek iaitu warga tempatan berusia 20 tahun dan warga Myanmar berusia 22 tahun direman selama empat hari bermula hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Pemangku Asisten Komisioner Wari Kiew berkata, lelaki Myammar terbabit ditahan di Chemor, Perak pada semalam.

Katanya, nombor telefon yang digunakan untuk tujuan penipuan itu didaftarkan atas nama suspek yang merupakan pekerja kilang.

“Seorang lagi suspek warga tempatan berusia 20 tahun ditahan di Tanjung Karang, Selangor pada pagi tadi.

“Suspek kedua ditahan bagi membantu siasatan kerana dipercayai nombor akaun bank miliknya digunakan untuk sindiket penipuan dalam talian tersebut,” ujarnya.

Menurutnya, nombor akaun itu juga dikesan terlibat dalam beberapa kes jenayah komersial sebelum ini dan pihaknya sedang memburu dalang sindiket yang dipercayai melibatkan lebih daripada tiga orang.

Kelmarin, Polis Perlis mengesan individu bernama Surina Aisyah yang didakwa menggunakan gambar identiti Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad untuk melakukan penipuan dalam talian dengan menyamar sebagai anggota polis. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI