fbpx

Banjir di Brazil ragut 106 nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar dari udara menunjukkan sebuah kawasan di Recife yang ditenggelami air banjir, 30 Mac lalu. – AFP

BRASILIA – Sekurang-kurang­nya 106 mangsa terkorban, manakala 10 yang lain masih hilang, kata kerajaan ketika hujan lebat berterusan melanda bandar-bandar di timur laut Brazil pada hari keenam berturut-turut, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Gabenor negeri Pernambuco, Paulo Camara menerusi temu bual dengan media tempatan berkata, keutamaan kerajaan ketika ini adalah untuk mencari mangsa yang masih hilang dalam bencana tanah runtuh serta banjir.

“Kami tidak akan berhenti sehingga mereka yang hilang ditemui . Ini adalah keutamaan kami buat masa ini,” kata beliau.

Agensi Pertahanan Awam Negara menyatakan di laman Twitter bahawa amaran telah dikeluarkan susulan ramalan bahawa lebih banyak kejadian banjir dijangka berlaku di Pernambuco, termasuk ibu negerinya, Recife.

Presiden Brazil, Jair Bolsonaro mengadakan lawatan ke negeri itu pada Selasa lalu dan me­ninjau kawasan-kawasan terjejas banjir dengan menaiki pesawat.

Selepas selesai melakukan tinjauan, beliau berkata, kerajaan akan menghantar bantuan kepada keluarga yang terjejas dalam bencana itu. 

Banjir kali ini adalah yang keempat terbesar di Brazil dan berlaku dalam masa lima bulan.

Bencana tersebut mendedahkan masalah kelemahan peranca­ngan bandar di kawasan penduduk berpendapatan rendah di seluruh Brazil di mana penempatan setinggan dibina di lereng-lereng bukit. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI