fbpx

Gadis malang terlantar sejak lahir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FATIN NURJEHA yang tidak mampu menguruskan diri dibantu oleh neneknya, Normadiah Jaafar ketika ditemui di Felda Jengka 14 di Maran semalam.

MARAN – Ketika remaja lain se­usia dengannya mula mencorakkan masa hadapan, namun nasib Fatin Nurjeha Mohd. Zahudi jauh berbeza apabila hanya mampu terlantar di rumah.

Anak kedua daripada dua beradik ini lahir tidak cukup bulan menyebabkannya mengalami pelbagai komplikasi fizikal dan min­danya yang tidak berkembang baik seperti gadis seusianya.

Ibunya Fauziah Hassan, 44, berkata, fizikal Fatin Nurjeha, 17, lumpuh sepenuhnya kecuali bahagian jari tangan yang digunakan untuk mendail nombor telefon bapanya, Mohd. Zahudi Zainuddin yang tinggal di Kajang, Selangor.

“Saya telah berpisah dengan suami lima tahun lalu dan ia turut memberi kesan kepada emosi Fatin kerana dia sering terkena sawan bila cuaca panas.

“Sebagai seorang ibu saya sangat mengharapkan satu hari nanti Fatin dapat menguruskan diri sendiri walaupun mungkin sekadar harapan semata-mata,” katanya yang menumpang di rumah ibunya di Felda Jengka 14 di sini semalam.

Menurut Fauziah, Fatin yang dikategorikan sebagai orang kelainan upaya (OKU) sejak bayi, dilahirkan tidak cukup bulan iaitu 33 minggu dengan pelbagai komplikasi.

Tambahnya, selepas dilahirkan Fatin Nurjeha terus dima­sukkan ke wad penjagaan intensif untuk diberikan bantuan pernafasan serta mendapat ra­watan susulan berterusan.

Katanya, Fatin sebelum ini pernah dihantar belajar di kelas prasekolah dan sekolah pendidikan khas bertujuan memberi pendedahan pergaulan bagi mengurangkan kebosanannya berada di rumah.

Dalam pada itu Fauziah berkata, pada masa ini dia hanya mengharapkan bantuan daripada ibunya untuk perbelanjaan harian termasuklah bagi menjaga dan rawatan anaknya yang terlantar itu.

Dia yang tidak menerima apa-apa bantuan bulanan setakat ini berkata amat memerlukan lampin pakai buang dan susu khas bagi kegunaan harian anaknya itu.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Fau­ziah Hassan di talian 011-1891 3686 atau menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank 156057486873.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI