fbpx

Kekayaan bernilai lebih RM21 juta? Itu cuma ‘pinjaman’ – Adi Putra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADI PUTRA

PETALING JAYA – Pelakon Datuk Adi Putra enggan memperincikan dakwaan memiliki aset kekayaan sehingga mencecah lebih AS$5 juta (RM21 juta).

Jumlah tersebut turut menjadi persoalan memandangkan bintang KL Gangster itu dikatakan sudah  jarang mendapat tawaran lakonan.

Tidak mahu memperbesarkan perkara tersebut, Adi, 41, bagaimanapun beranggapan kesenangan yang dimilikinya sekadar pinjaman daripada Allah SWT.

“Angka itu ditulis oleh orang, bukan daripada saya. Boleh jadi kurang daripada jumlah tersebut. Atau mungkin lebih.

“Apa yang boleh saya kongsikan, pada tahun 2013 saya menubuhkan sebuah syarikat menguruskan ibadah umrah dan haji. Alhamdulillah sehingga sekarang, bila kita permudahkan niat orang, saya percaya Allah akan permudahkan juga urusan kita,” kata Adi kepada Kosmo! Online.

Adi yang ditemui ketika sidang media majlis pelancaran filem Air Force: Selagi Bernyawa di Pangkalan Udara Subang di sini memberitahu dia hanya terbabit sebagai individu di belakang tabir syarikat miliknya itu dan bukan sebagai individu yang membawa jemaah ke Tanah Suci Mekah.

Pada masa sama, aktor asal Singapura itu turut melahirkan rasa syukur atas rezeki kurniakan Allah SWT kepadanya.

“Itu hanya angka. Tidak penting pun. Apa yang penting sekarang hala tuju kita sebagai seorang manusia dan hamba-Nya.

“Untuk menjawab ‘ya’ atau ‘tidak’, itu bukan tanggungjawab saya kerana saya hanya meminjam daripada ‘Dia’ (Allah) sahaja,” katanya.

Adi turut mengucapkan terima kasih atas didikan kedua-dua orang tuanya yang mengajarnya membantu sesama masyarakat.

“Terima kasih kepada ibu bapa saya atas didikan mereka. Terima kasih kepada khabar angin ini. Alhamdulillah kerana menguar-uarkan. Ada juga penyampaian. Tidak perlu saya sampaikan.

Terdahulu, sebuah portal tempatan membuat pendedahan mengenai kekayaan pemilik nama lengkap, Mohamed Hadi Putera Halim yang mencecah lebih AS$5 juta atau lebih RM21 juta walaupun sudah tidak aktif berlakon.

Difahamkan, jumlah kekayaan yang dimiliki diperoleh daripada perniagaan agensi pelancongan (umrah dan haji) yang diusahakan sejak 2013 selain aktif dengan pertubuhan amal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI