fbpx

Bunuh: Polis panggil teman lelaki bantu siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid (tengah) menyerahkan cek Rotary Malaysia pada Majlis Penganugerahan `Pride Of Workmanship’ kepada Frontliners PDRM oleh Kelab Rotary Malaysia di Mes Pegawai Kanan Polis Kontinjen Perak hari ini.

IPOH – Polis telah memanggil teman lelaki kepada wanita yang mayatnya ditemukan terbakar dipercayai dibunuh di tepi sungai di Kampung Talang Hulu, Kuala Kangsar kelmarin, bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, lelaki berusia 20 tahun itu hadir ke Balai Polis Kuala Kangsar pada pukul 2.45 petang semalam untuk memberi keterangan berkaitan kes berkenaan.

“Kita telah mengenal pasti teman lelaki mangsa dan memanggilnya ke balai polis untuk membantu siasatan. Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian itu.

“Biar pihak polis jalankan siasatan terlebih dahulu. Ada pelbagai spekulasi berkaitan penemuan mayat mangsa termasuk dakwaan mengatakan wanita itu sedang hamil.

“Apa pun, kita tunggu laporan bedah siasat, daripada keputusan itu nanti kita akan tahu punca kematian mangsa termasuk benarkah dia mengandung semasa dibunuh atau sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penganugerahan `Pride Of Workmanship’ kepada petugas barisan hadapan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak oleh Kelab Rotary Malaysia (Rotary District 3300 Malaysia) di Mes Pegawai Kanan PDRM Perak, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris dan Gabenor Rotary District 3300 Malaysia, Datuk Bindi Rajasegaran.

Pada majlis itu, seramai 94 pegawai dan anggota polis Kontinjen Perak menerima sijil penghargaan daripada Rotary District 3300 Malaysia atas sumbangan mereka sepanjang pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Mengulas lanjut Mior Farid berkata, pihak Hospital Kuala Kangsar juga akan menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dengan mengambil sampel darah bapa wanita itu bagi pengesahan tepat identiti.

Katanya, pemadanan gigi si mati dengan rekod pergigian juga akan dijalankan berdasarkan rekod pemeriksaan di klinik pergigian di Kuala Kangsar.

“Identiti wanita berusia 21 tahun itu dikenal pasti berdasarkan pengecaman yang dilakukan adik lelakinya.

“Lelaki berusia 19 tahun itu mengecam mangsa sebagai kakaknya berdasarkan selipar yang digunakan selain subang hidung yang dipakai di sebelah kanan, penyepit rambut dan pengecaman wajah yang hampir sama,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan mayat dipercayai seorang wanita dijumpai orang awam pada pukul 3.05 petang kelmarin, di tepi sungai dekat Kampung Talang Hulu, Kuala Kangsar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI