fbpx

Reman pemain bola sepak disyaki rogol gadis disambung sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain bola sepak liga tanah air (kanan) dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini untuk perintah sambung reman. FOTO: ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Seorang pemain bola sepak liga tanah air disambung reman sehari bagi membantu siasatan berhubung kes rogol seorang gadis berusia 18 tahun di sebuah rumah di sini pada Ahad lalu.

Perintah reman sehingga esok itu dikeluarkan oleh Majistret Mohammad Fitri Mokhtar di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, tempoh lanjutan reman itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Suspek sebelum ini direman selama empat hari bermula Isnin lalu untuk membantu siasatan kes itu.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, seorang pemain bola sepak liga tanah air dicekup selepas disyaki merogol seorang gadis yang juga merupakan rakannya di sebuah rumah di daerah ini pada Khamis lalu.

Lelaki yang berusia 28 tahun itu ditahan semasa dia berada di rumahnya selepas polis menerima laporan daripada mangsa.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah hari semasa gadis berusia 18 tahun itu berada di rumahnya seorang diri.

Menurutnya, suspek telah datang ke rumah mangsa yang bekerja sebagai jurujual tudung dan bertindak masuk ke rumah gadis berkenaan ketika dia keluar membuang sampah.

“Pemain bola sepak itu dipercayai telah monolak mangsa dari belakang sebelum mengheretnya ke atas katil di dalam bilik tidur sebelum merogol gadis tersebut.

“Mangsa telah melawan dan menjerit meminta pertolongan namun semua ahli keluarganya tiada di rumah ketika itu,” katanya.

Muhamad Zaki berkata, mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini dan pemeriksaan mendapati ada satu kesan koyakan baharu pada kemaluan gadis itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI