fbpx

Pengawal keselamatan didakwa cabul budak lelaki dalam surau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengiringi Ab. Rashid (tengah) untuk didakwa atas pertuduhan mencabul budak lelaki di Mahkamah Sesyen Pasir Mas hari ini. - FOTO: ZULHANIFA SIDEK

PASIR MAS – Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencabul seorang budak lelaki berusia 11 tahun di sebuah surau sekolah agama di Tanah Merah dua minggu lalu.

Tertuduh, Ab. Rashid Abdullah,39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd. Hamdy.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki yang ketika itu berusia 11 tahun tujuh bulan.

Kesalahan itu dilakukan olehnya di surau sebuah sekolah rendah agama di Tanah Merah dekat sini kira-kira pukul 11 malam pada 19 Mei hingga 2 pagi pada 20 Mei lalu.

Ab. Rashid didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna Abu Bakar manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Rifzan Rosli.

Terdahulu, Hajarul Falenna tidak menawarkan jaminan terhadap pertuduhan yang dihadapi Ab. Rashid.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin selain menetapkan 8 Ogos depan untuk sebutan semula kes dan serahan laporan perubatan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, seorang pengawal keselamatan dicekup selepas dipercayai mencabul dan cuba meliwat seorang pelajar lelaki yang menyertai program qiamullail di surau sebuah sekolah agama di sini pada 20 Mei lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa sedang tidur bersama rakan-rakannya yang menyertai program tersebut di surau berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Wan Zulfikri Wan Othman berkata, siasatan awal mendapati, suspek yang ldatang ke surau tersebut sebelum bertindak mencabul mangsa.

Menurutnya, suspek juga dipercayai cuba meliwat mangsa yang ketika itu memakai seluar namun, remaja tersebut sempat menepis perbuatan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI