fbpx

Penerbangan Saudia bawa kumpulan pertama ke Tanah Suci Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan Tabung Haji.

PETALING JAYA- Syarikat penerbangan Arab Saudi, Saudia Airlines (Saudia) bakal menerbangkan kumpulan pertama jemaah Malaysia ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

Difahamkan, penerbangan pertama jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 4 Jun 2022 menerusi pesawat Saudia.

Pesawat tersebut dijadualkan berlepas pada pukul 1.35 tengah hari waktu Malaysia dan dijangka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah pada pukul 4.55 petang waktu negara itu.

Berdasarkan jadual, jumlah penerbangan jemaah ke Tanah Suci berbeza pada setiap hari di mana ia melibatkan antara satu ke tiga pesawat setiap hari.

Sementara itu, penerbangan terakhir jemaah ke Tanah Suci pula dijadualkan pada 3 Julai 2022.

Pesawat terakhir dijangka berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz ,Jeddah pada pukul 12.45 malam, 3 Julai 2022 menerusi pesawat Malaysia Airlines.

Terdahulu, arab Saudi mengumumkan kuota haji Malaysia pada tahun 2022 ialah seramai 14,306 iaitu 45 peratus daripada kuota tahunan yang biasa diterima.

Kuota sebanyak 14,306 jemaah itu ialah penurunan daripada seramai 31,600 jemaah haji Malaysia yang dibenarkan untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu, pada 2019.

Arab Saudi menetapkan kuota haji seramai satu juta jemaah bagi musim 2022 di mana 85 peratus daripadanya untuk jemaah luar.

Jumlah sejuta jemaah itu adalah 45 peratus daripada 2.5 juta orang pada 2019. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI