GEORGE TOWN – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang pemuda lelaki yang dikhuatiri lemas selepas bertindak terjun dari Jambatan Pulau Pinang di sini semalam disambung semula pagi ini.
Pengarah Maritim negeri, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, operasi yang bermula pada pukul 7.30 pagi tadi dibahagikan mengikut lima sektor dengan keluasan pencarian 35.76 batu nautika persegi.
“Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan segera,” katanya menerusi satu kenyataan media di sini sebentar tadi.
Untuk rekod, operasi SAR mangsa berusia 22 tahun itu sudah masuk hari kedua selepas mangsa dilaporkan terjun dari jambatan pertama di kilometer 2.2 dari arah Seberang Perai menuju ke pulau kira-kira pukul 5.30 pagi semalam.
Terdahulu, Kosmo! semalam melaporkan mangsa dipercayai telah meninggalkan sebuah kereta jenis Peugeot berwarna merah bersama barangan peribadi di tepi tembok sebelum terjun. – KOSMO! ONLINE