fbpx

Johnny Depp menang saman fitnah terhadap Amber Heard

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johnny Depp memenangi saman fitnah tersebut dalam perbicaraan lebih enam minggu di mahkamah.

WASHINGTON – Pelakon Hollywood, Johnny Depp, 58, memenangi kes saman fitnah terhadap bekas isteri, Amber Heard, 36 hari ini.

Perbicaraan berlangsung selama enam minggu sebelum ini.

Depp memfailkan saman fitnah terhadap Heard atas penulisannya untuk kolum Washington Post, dengan menuntut ganti rugi sebanyak AS$50 juta (RM218 juta).

Johnny Depp memenangi saman fitnah berjumlah RM218 juta terhadap bekas isterinya, Amber Heard

Heard yang juga pelakon filem Aquaman, membalas dengan memfailkan saman menuntut AS$100 juta (RM437.8 juta) dan mendakwa dirinya mengalami ‘penderaan serta keganasan fizikal’ daripada Depp.

Depp menafikan beliau pernah melakukan penderaan fizikal terhadap Heard, sebaliknya mendakwa ketika perbicaraan bahawa wanita itu yang sering bertindak ganas. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI