fbpx

Robot tawar perkhidmatan di bilik pameran JLRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Ahmad Muzri (dua dari kiri) bersama Gan (dua dari kanan) menunjukkan robot-robot yang akan melayan pelanggan di bilik pameran syarikat.,

PETALING JAYA – Bilik pameran baharu Jaguar Land Rover Malaysia (JLRM) di Sime Darby Motors City dekat sini yang dinaik taraf memiliki dua unit robot untuk membantu melayan para pelanggannya.

Pengarah Urusan Runcit & Pengedaran, Jeffrey Gan berkata, robot itu adalah hasil kerjasama syarikat dengan Secure Robotics, penyedia teknologi moden di pasaran tempatan.

Menurut beliau, robot berkenaan dilengkapi dengan sambungan internet tanpa wayar, sensor radar laser, GPS dan keupayaan pengecaman suara, muka dan imej bersesuaian menawarkan pengalaman serba baharu untuk pelanggan dan juga pengurusan sumber manusia.

“Sebagai langkah transformasi digital Jaguar Land Rover Malaysia, usaha memperkenalkan robot ini merupakan langkah seterusnya untuk menaik taraf pengalaman pelanggan.

“Tambahan lagi, robot ini juga menyediakan ciri-ciri interaksi pelanggan dengan risiko yang lebih rendah selaras dengan peralihan Malaysia ke fasa endemik.

“Perkhidmatan autonomi berlandaskan teknologi seperti ini dapat digunakan secara meluas dan kami berharap untuk terus meneroka potensi teknologi tersebut,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.”

Selain itu, Pengarah Urusan JLRM, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz menjelaskan, robot-robot tersebut akan digunakan di bilik pameran syarikat di Ara Damansara bagi menambah baik pengalaman automitif bagi pelamggannya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI