fbpx

Identiti mangsa bunuh, bakar dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mayat wanita yang dibunuh serta dibakar di tepi sungai dekat Kampung Talang Hulu, Kuala Kangsar Selasa lalu.

IPOH -Identiti wanita dipercayai mangsa bunuh yang ditemukan dalam keadaan terbakar di tepi sungai dekat Kampung Talang Hulu, Kuala Kangsar semalam, telah dikenal pasti.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, identiti wanita berusia 21 tahun itu dikenal pasti berdasarkan pengecaman yang dilakukan adik lelaki mangsa.

Katanya, lelaki itu telah hadir ke Balai Polis Kuala Kangsar pada pukul 2.45 petang tadi untuk membuat laporan mengenai kakaknya yang tidak pulang ke rumah mereka di Kampung Stesen sejak semalam.

“Lelaki berusia 19 tahun itu memberitahu ada menghubungi wanita terbabit namun panggilan yang dibuat tidak berjawab.

“Berdasarkan temubual, lelaki itu mengecam mangsa sebagai kakaknya berdasarkan selipar yang digunakan selain subang hidung yang dipakai di sebelah kanan, penyepit rambut dan pengecaman wajah yang hampir sama,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, meskipun pengecaman dibuat lelaki itu hampir serupa, namun pihaknya akan menunggu laporan bedah siasat yang dijalankan oleh pakar forensik di Hospital Kuala Kangsar, esok.

Katanya, pihak hospital juga akan menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dengan mengambil sampel darah bapa wanita itu bagi pengesahan tepat identiti.

“Kita juga akan membuat pemadanan gigi si mati dengan rekod pergigian kerana dimaklumkan mangsa ada membuat pemeriksaan di klinik pergigian di Kuala Kangsar.

“Buat masa sekarang, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif mangsa dibunuh dan dibakar di kawasan berkenaan,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI