fbpx

Malaysia tidak akan menyerah kalah sebelum bertarung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyerang negara, Luqman Hakim (kanan) menuntut rakan-rakan sepasukan untuk melupakan kekecewaan pada Sukan SEA Vietnam 2021 dan fokus bagi aksi menentang Korea Selatan di Stadium Lokomotiv malam ini.

Skuad bawah 23 tahun (B-23) negara tidak sesekali menyerah kalah sebelum turun ke gelanggang dan impian besar bakal digalas pemain untuk menghadapi aksi pembukaan Piala Asia B-23 menentang Korea Selatan di Stadium Lokomotiv malam ini.

Mampu meraih sekurang-kurangnya satu mata mungkin menjadi misi paling sesuai buat masa ini, namun kejutan masih mampu dilakukan kerana hanya pasukan terbaik mampu layak ke pusingan akhir.

Penyerang negara, Luqman Hakim Shamsudin berkata, apa yang berlaku pada Sukan SEA harus segera dilupakan dan mereka perlu memberi tumpuan kepada impian baharu untuk menghadirkan kebanggaan buat rakyat Malaysia.

“Kita tahu Korea Selatan ada pemain berkualiti dan mereka adalah pasukan bagus. Tetapi kita juga apa kurangnya, Malaysia pun ada pemain berkualiti.

“Semua orang mahu menang dan harapan kami adalah untuk beri rakyat Malaysia rasa bangga. Kita mahu bagi Malaysia berada di tahap terbaik dan mahu orang pandang Malaysia adalah bukan yang pasukan calang-calang,” katanya.

Selepas aksi menentang Korea Selatan yang juga juara bertahan, skuad kendalian Brad Maloney akan meneruskan saingan menentang Thailand pada 5 Jun di­ikuti Vietnam (8 Jun).

Walaupun mengharungi pendedahan terbaik pada Sukan SEA baru-baru ini, pemain kelahiran Kota Bharu itu juga mahu segera melupakan kegagalan membawa pulang pingat kerana segala-galanya sudah menjadi sejarah.

“Kita pun tidak tahu sejauh mana kemampuan Thailand dan Vietnam kali ini. Apa pun, Sukan SEA sudah lepas, kita perlu letak tepi dan tidak perlu ingat semula,”­ katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI