fbpx

Ibu kurung anak dalam kandang troli semasa berniaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bahagian belakang troli itu menampakkan anak wanita berkenaan sedang duduk di dalam kandang besi yang dilapik dengan kain. - Weibo/ Xi An Zhi Bo

BEIJING – Seorang penjual manisan di Guizhou, China, menjadi perhatian ramai kerana terpaksa mengurung anaknya yang berusia dua tahun di troli besi yang dipagar semasa berniaga, lapor portal Mothership semalam.

Menurut laporan laman berita Wanxiang Media, wanita berkenaan bertindak demikian bagi memudahkan urusan jualannya serta mengelakkan kanak-kanak itu daripada berlari keluar.

Berdasarkan beberapa gambar yang tular, bahagian hadapan troli tersebut ditutup dengan papan iklan yang mempromosikan manisan agar-agar ais.

Bahagian belakang troli itu menampakkan anak wanita berkenaan sedang duduk di dalam kandang besi yang dilapik dengan kain.

Kanak-kanak tersebut turut dilihat sedang bermain dengan alat permainan di dalam kandang itu.

Menurut wanita tersebut, dia dan suaminya tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli susu anaknya serta makanan untuk mereka sekeluarga.

Tambahnya, suaminya juga tidak menghiraukan anak mereka dan hanya bermain permainan video sepanjang hari.

Dia turut memberitahu berasa bimbang bahawa kanak-kanak itu akan lebih terseksa sekiranya ditinggalkan bersama suaminya. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI