fbpx

Legenda bola sepak negara meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Ahmad

ARAU – Legenda bola sepak negara, Syed Ahmad Syed Abu Bakar, 76, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini hari ini akibat serangan jantung.

Bekas penyerang kebangsaan yang berjaya membantu skuad negara layak ke Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman itu meninggal dunia kira-kira pukul 1 tengah hari ini.

Allahyarham Syed Ahmad dilaporkan menerima rawatan di hospital tersebut sejak dua hari lalu.

Tahap kesihatannya yang menderita kanser prostat tahap empat dikatakan merosot sejak sebulan lalu.

Anaknya, Syed Abu Bakar Syed Ahmad, 40, berkata, keadaan bapanya kelihatan agak baik dan sempat meminta minuman pada semalam sebelum menghembuskan nafas terakhir hari ini.

Katanya, kesihatan bapanya mula merosot sejak sebulan lalu dan hanya mampu terlantar.

“Jenazah ayah akan dikebumikan di Makam Diraja Lama Arau hari ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI