PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM4.70 seliter berkuat kuasa esok sehingga 8 Jun depan.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan berkata, harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel juga masih kekal masing-masing pada paras RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.
Katanya, pengekalan harga kedua-dua bahan api itu adalah bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga petrol di pasaran global.
“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. -KOSMO! ONLINE