fbpx

Presma saran pengusaha kedai mamak kekal harga berpatutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jawahar (kiri) ketika berucap di sidang akhbar khas berhubung isu kartel mamak di ibu negara hari ini.

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) menyarankan agar setiap pengusaha restoran mamak mengekalkan harga makanan yang berpatutan kepada pelanggan.

Presidennya, Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, saranan tersebut selari dengan tujuan utama pembukaan restoran mamak yang mementingkan tawaran harga berpatutan serta memberi perkhidmatan terbaik.

“Ia bukanlah sampai ke sudah kami tidak akan naikkan harga, tapi ia bergantung kepada keadaan semasa dan juga suasana sesebuah restoran mamak tersebut, tengok apa yang dia guna, pinggan apa dia pakai, mungkin kos naik taraf kedai yang mahal untuk keselesaan pelanggan.

“Apa yang kami janjikan adalah harga berpatutan dan perkhidmatan terbaik untuk pelanggan,” katanya pada sidang akhbar khas berhubung isu kartel mamak di ibu negara hari ini.

Sementara itu, Jawahar turut mengakui pihaknya kini masih bergelut dengan isu kekurangan pekerja.

“Jika orang tanya apa masalah lain, adalah masalah isu pekerja.

“Kita juga buka peluang kepada orang tempatan untuk bekerja di restoran mamak, tapi kurang mendapat sambutan,” jelasnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI