fbpx

AS bakal hilang bekalan kuasa pada musim panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AS diramalkan tidak mempunyai bekalan kuasa yang mencukupi untuk memenuhi permintaan ketika cuaca musim panas yang ekstrem. - terrapass

WASHINGTON – Pakar dan pegawai elektrik Amerika Syarikat (AS) memberi amaran bahawa negara itu berkemungkinan tidak mempunyai bekalan kuasa yang mencukupi bagi memenuhi permintaan dalam beberapa bulan akan datang, lapor stesen penyiaran CNN kelmarin.

Perkara berkenaan dimaklumkan ketika gelombang haba diramalkan berlaku lebih awal dengan cuaca akan menjadi lebih panas berbanding musim panas biasa.

Kebanyakan pengendali grid di AS juga tidak mengambil kira aspek perubahan iklim dalam membuat perancangan walaupun isu cuaca ekstrem menjadi lebih kerap dan teruk.

Pengendali kuasa di AS dalam laporan ketersediaan musim panas mereka meluahkan kebimbangan mengenai sumber kuasa yang tidak mencukupi untuk menampung keperluan mengikut ramalan cuaca pada kemuncak musim panas.

Penilaian itu dilakukan berpandukan sejarah rekod cuaca dan tinjauan oleh Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Negara Amerika Syarikat (NOAA) terkini dengan cuaca lebih ekstrem diramalkan berlaku pada musim panas ini.

“Realitinya adalah sistem elektrik sudah lama dan banyak infrastruktur telah dibina sebelum kita mula memikirkan mengenai perubahan iklim.

“Ia tidak direka untuk menahan perubahan iklim,” kata seorang seorang penyelidik di Pusat Sabin Undang-undang Perubahan Iklim, Universiti Columbia. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI