fbpx

Kartel dadah Asia semakin membimbangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan timbunan methamphetamine sebelum dibakar semasa acara pemusnahan di Yangon, Myanmar pada 26 Jun 2021. – AFP

BANDAR RAYA NEW YORK – Satu laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan lebih satu billion pil methamphetamine atau syabu telah dirampas di Asia Timur dan Tenggara pada tahun lalu, lapor stesen penyiaran CNN kelmarin. 

Menurut PBB, rekod berkenaan menunjukkan peningkatan yang mengejutkan dalam perdagangan dadah sintetik serantau.

Pengeluaran dan penyeludupan dadah meningkat dengan ketara di negara-negara berhampiran wilayah Sungai Mekong seperti Kemboja, Laos, Vietnam, Thailand dan Myanmar, demikian menurut laporan baharu oleh Pejabat PBB mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC).

Perkara berkenaan membolehkan kartel dadah Asia membanjiri pasaran dengan narkotik sintetik bernilai berbilion-bilion dolar walaupun ekonomi global sedang bergelut dengan pandemik Covid-19.

“Skala perdagangan dadah syabu dan sintetik di Asia Timur serta Tenggara adalah mengejutkan terutama di zaman pandemik sedang berleluasa.

“Situasi ini bakal menjadi semakin tidak terkawal jika pihak berkuasa rantau itu tidak mengubah pendekatan dan menangani punca-punca sehingga membolehkan jenayah penyeludupan dadah sampai ke tahap seperti ini,” kata wakil serantau UNODC untuk Asia Tenggara, Jeremy Douglas.

Kumpulan jenayah terancang telah mengambil kesempatan daripada ketidakstabilan politik serantau selain penularan wabak Covid-19.

Seperti contoh, rampasan kuasa tentera di Myanmar yang menyebabkan beberapa wilayah sempadan tidak dikawal undang-undang dan mudah dieksploitasi.

Kejatuhan harga dadah pula sudah diketahui dalam kalangan pengguna sekali gus menjadikan permintaan di pasaran melonjak.

“Harga dadah syabu berterusan menurun di Asia Tenggara termasuk di Malaysia dan Thailand manakala ketulenan dadah itu kekal tinggi.

“Jenayah terancang atau sindiket dadah mempunyai semua ramuan yang diperlukan untuk terus mengembangkan perniagaan termasuk kawasan untuk penghasilan, akses kepada bahan kimia, laluan perdagangan dan perhubungan untuk pemindahan produk serta sasaran jualan kepada populasi besar dengan kuasa perbelanjaan,” jelas Douglas.

Tambah beliau, sindiket dadah melihat rantau Asia sebagai sasaran hab pelanggan yang mempunyai potensi untuk mengaut keuntungan berlipat ganda.

Benua Asia Tanggara adalah sebuah rantau dengan populasi lebih 680 juta penduduk yang menghuni 11 buah negara. 

Syabu yang telah menggantikan heroin dan candu sebagai dadah haram dominan dalam dagangan yang mencecah berbilion-bilion dolar. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI