fbpx

Masa depan Guardiola di City tidak menentu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kontrak Guardiola di Etihad hanya berbaki semusim lagi, namun proses tawaran kontrak baharu masih tertangguh. – AFP

MANCHESTER – Biarpun berjaya mendapatkan khidmat Erling Haaland, situasi Manchester City masih lagi berada dalam kea­daan tidak menentu membabitkan masa depan pengurusnya, Pep Guardiola ketika kontraknya kini hanya berbaki setahun saja lagi.

Pengerusi kelab, Khaldoon Al Mubarak turut mengakui yang beliau memiliki alasan yang kukuh untuk berasa risau selepas perbincangan lanjut yang diharap­kan terpaksa ditangguhkan.

Ketika pencabar terdekat, Liverpool sudah pun melanjutkan kontrak Jurgen Klopp, City juga miliki hasrat sama untuk mengekalkan khidmat Guardiola.

“Ia sudah pun menghampiri tahun ketujuh dan tahun depan pastinya menjadi detik yang begitu menarik untuk menyaksikan kerjasama ini terus berjalan de­ngan baik.

“Kami capai keputusan hebat secara bersama dan perbinca­ngan akan dilakukan pada masa yang tepat,” katanya yang dipetik menerusi laman web rasmi kelab itu.

Guardiola menyertai City pada 2016 dan dalam saingan domestik, The Citizens sudah pun menoktahkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris buat kali keempat bagi tempoh lima tahun.

Bagaimanapun, sebelum tiba ke Etihad, pengurus berusia 51 tahu itu tidak pernah melatih mana-mana pasukan melebihi empat tahun

“Bersama kelab lain, Pep tidak pernah bertahan selama ini. Jadi, kebimbangan saya ini berasas kerana kerjasama ini sudah pun membuahkan hasil yang hebat sejak beberapa tahun ini.

“Cabaran kami adalah untuk meneruskan peningkatan dan saya begitu teruja untuk membantu City ke arah itu,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI