fbpx

Impian Djokovic tambah gelaran lebur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DJOKOVIC

PARIS – Bintang tenis No.1 dunia, Novak Djokovic dilihat terpaksa akur dengan kekalahan terhadap seteru utama, Rafael Nadal sekali gus menyebabkan impiannya untuk memburu gelaran Grand Slam di Terbuka Perancis terus lebur.

Meskipun tewas, Djokovic mengakui dia berbangga de­ngan persembahannya pada aksi suku akhir sebelum tewas kepada pemain yang lebih baik iaitu Nadal di Roland Garros.

Pada saingan tersebut, Nadal turun dengan persembahan luar biasa apabila mara ke separuh akhir dalam tempoh empat jam 12 minit dengan keputusan 6-2, 4-6, 6-2 ,7-6.

“Saya telah memberikan segalanya dan saya tahu boleh bermain dengan lebih baik. Saya berbangga kerana berjuang dan kekal sehingga pukulan terakhir.

“Saya tewas kepada pemain yang lebih baik. Saya mempu­nyai peluang, tetapi tidak menggunakannya. Pertembungan selama empat jam adalah satu saingan yang luar biasa dan saya perlu menerima kekalahan ini,” katanya.

Jaguh tenis Serbia tersebut mengucapkan tahniah kepada Nadal dan tidak terkejut dengan ketangkasan lawannya itu di dalam gelanggang tersebut.

“Nadal menunjukkan bahawa dia seorang juara yang hebat dan kekal dengan mental yang kuat untuk meraih kemena­ngan. Dia bermula dengan baik dan saya pula tidak.

Bila saya kembali mendapat momentum pada set kedua, saya fikir ini adalah masa untuk kembali menguasai permainan semula.

“Namun, jangkaan saya ternyata meleset apabila Nadal membawa perlawanan tersebut ke tahap yang berbeza. Saya hanya mempunyai satu atau dua pukulan untuk heret perlawanan ke set kelima, namun gagal,” katanya.

Nadal yang yang memiliki 21 gelaran Grands Slam dija­dual bersemuka dengan pilihan ketiga kejohanan, Alexander Zverev esok. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI