fbpx

Polis akan rakam keterangan Mohamaddin Ketapi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Mohamaddin Ketapi bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya mendakwa insiden di Kampung Tanduo, Lahad Datu hanyalah sandiwara dan peperangan bersama ‘ayam’ dan ‘anjing’.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, setakat ini pihaknya sudah menerima 35 laporan polis di seluruh negara berhubung isu berkenaan.

Daripada jumlah itu sebanyak 28 laporan telah dibuat di Sabah manakala tujuh lagi dibuat di Semenanjung.

“Kita akan panggil beliau ( Mohamaddin) dan beberapa individu yang terlibat untuk merakamkan keterangan bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Mohamaddin Ketapi memohon maaf ke atas seluruh anggota keselamatan ekoran video tular mempersendakan pasukan keselamatan.

Mohamaddin berkata, kenyataan yang diucapkan dalam video klip terbabit menimbulkan salah faham. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI