fbpx

Ustaz Kazim akui sudah enam orang datang minta maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian Ustaz Kazim tentang keadaan dirinya yang perlu menanggung sakit akibat disihir.

PETALING JAYA – Penceramah bebas, Datuk Mohd. Kazim Elias  atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim mengakui seramai enam individu telah tampil bersemuka dengannya bagi meminta maaf kerana menyihir dirinya.

Beliau berkongsi perkara tersebut menerusi temu bual eksklusif yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Kosmo! Online hari ini.

Menurut Ustaz Kazim, dua daripada mereka adalah pasangan suami isteri yang mengakui kesilapan mereka sehingga menangis teresak-esak dihadapannya.

Tambah beliau, antara sebab sesetengah individu sanggup berbuat perkara ‘keji’ itu kerana perasaan hasad dengki serta faktor rasa tidak puas hati terhadapnya.

“Banyak sebab dan yang saya boleh cerita dia marah sebab saya ceramah ada kata tentang dia dan dia malu.

“Yang kedua datang minta maaf sebab dia marah saya dapat macam-macam dan ada juga sebab perasaan, kalau dia tak boleh dapat saya, orang lain pun tak boleh dapat saya,” jelasnya.

Ustaz Kazim kini menjalani rawatan secara tradisional dan moden untuk mengubati masalah kesihatan yang ditanggungnya sejak bertahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI