PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta kementerian-kementerian berkaitan untuk mempercepatkan projek pembangunan di negara ini.
Perkara tersebut disuarakan beliau pada Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negara yang diadakan di sini hari ini.
“Projek-projek pembangunan amat penting kerana ia memberikan kesan berganda khususnya untuk menggerakkan ekonomi akar umbi.
“Di bawah Bajet 2022, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM40.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan asas,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.
Dalam masa sama, Ismail Sabri berkata, kerajaan memberikan perhatian serius kepada kenaikan harga bahan binaan.Pr
Beliau menegaskan, intervensi segera akan diambil oleh agensi-agensi terbabit bagi mengawal kenaikan harga bahan binaan kerana ia memberi kesan kepada projek-projek pembangunan. – KOSMO! ONLINE