fbpx

Messi idam julang satu lagi kejuaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI meraih trofi antarabangsa pertamanya bersama Argentina ketika menjuarai Copa America 2021 dan mahu memburu gelaran kedua awal pagi esok. – AFP

LONDON – Kapten skuad Argentina, Lionel Messi mengakui tidak sabar untuk membantu pasukan melakar satu lagi kejayaan di pentas antarabangsa menjelang pertemuan kompetitif Finalissima menentang Itali di Stadium Wembley awal pagi esok.

Sebagai rekod, trofi Finalissima telah diperkenalkan buat kali pertama tahun ini sebagai inisia­tif Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) dan Persatuan Bola Sepak Amerika Selatan (Conmebol) bagi mempertemukan juara Euro dan juara Copa America tahun lalu.

Pemain pasukan Paris Saint-Germain (PSG) itu percaya semua pemain kini bersedia sepenuhnya untuk memberikan 100 peratus di atas padang, memandangkan perlawanan ini menjanjikan trofi baharu yang cukup berprestij.

“Ini adalah perlawanan rasmi yang mana trofinya akan diiktiraf Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) sebagai salah satu trofi antarabangsa dan sudah tentu kami mahu menjadi negara pertama yang menjuarainya.

“Secara jujur, saya sangat gembira apabila setiap kali mendapat tugasan mewakili skuad kebangsaan kerana pasukan ini memiliki keistimewaan tersendiri dan cukup teruja untuk menghadiahkan satu lagi trofi buat penyokong kami,” katanya.

Sementara itu, pengendali Argentina, Lionel Scaloni ­me­ng­akui, menagih impak Messi untuk membantu pasukan melakar kejuaraan meskipun pemain ber­usia 35 tahun itu dikritik hebat susulan prestasi tidak konsisten bersama PSG musim lepas.

“Saya lihat Messi kini semakin matang dan sudah tentu dapat menepis kritikan serta tekanan yang dilemparkan. Dia akan te­rus menjadi sandaran buat pasukan seperti mana yang dilakukan pada kempen Copa America yang lepas,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI