fbpx

Bekalan ayam kembali stabil – Ronald Kiandee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALD Kiandee (bertopi) diberi penerangan mengenai penternakan ayam di Dinding Poultry Development Centre di Segari, Perak, hari ini.

LUMUT – Bekalan ayam di negara ini didapati mulai stabil sejak 10 hari lalu dan tidak berlaku kekurangan ketara dikesan di pasar basah, pasar tani dan pasar raya di seluruh negara.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, percaya ia berikutan tindakan yang telah diambil bagi memastikan bekalan keperluan 1.8 juta hingga dua juta ekor ayam sehari mampu dibekalkan.

“(Mulai esok) kerajaan menghentikan eksport pada ketika ini semata-mata untuk memastikan bekalan ayam tempatan dapat dipenuhi,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Dinding Poultry Development Centre di Segari dan Kampung Acheh, Sitiawan, dekat sini hari ini.

Menurut beliau, pemberhentian eksport itu bagaimanapun hanya bersifat sementara sehingga bekalan keperluan ayam tempatan dapat dipenuhi.

Pada masa sama, jelas beliau, kerajaan masih menetapkan harga siling pada harga RM8.90 sekilogram (kg) dan menampung kenaikan harga disebabkan kenaikan kos input makanan, dalam bentuk subsidi.

Katanya, subsidi dikeluarkan berjumlah RM730 juta bagi tempoh empat bulan bermula 5 Februari lalu sehingga 5 Jun ini pada kadar 60 sen bagi satu kilogram(kg) bagi Februari dan Mac serta RM1.40 kg bagi April dan Mei. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI