IPOH – Seorang pejalan kaki maut dalam keadaan tragis apabila digilis beberapa buah kenderaan hingga menyebabkan tubuhnya berkecai dan bertaburan di Jalan Ipoh-Lumut di sini pagi tadi.
Nahas sekitar pukul 6.15 pagi itu mengorbankan mangsa, K. Muniandy, 69, di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialaminya.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta jenis Toyota Vios yang melalui jalan tersebut telah melanggar seorang pejalan kaki yang melintas dari kanan ke kiri jalan.
Katanya, dalam keadaan jalan yang gelap dan jarak yang terlalu dekat, pemandu berusia 60 tahun itu tidak sempat menghentikan kenderaan dan mengelak lalu terlanggar mangsa.
“Mangsa juga dipercayai dilanggar oleh beberapa buah kenderaan yang tidak pasti termasuk sebuah kereta jenis Proton Persona dipandu lelaki berusia 34 tahun.
“Pemandu kenderaan itu telah hadir ke balai polis untuk membuat laporan mengatakan terlanggar objek dipercayai mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE.